Aplikasi Bantuan Kecemasan Untuk Anda
SaveME 999
ketahui selanjutnya

Aplikasi SaveME 999

Menghubungkan Anda Dengan Agensi Kecemasan MERS999 Secara Pintar

Mudah dan Pantas

Aplikasi SaveME 999 mudah digunakan dan mesra pengguna. Bantuan pertolongan kecemasan akan di hantar dengan kadar yang segera.

Lokasi Tepat

Aplikasi SaveME 999 dapat menentukan lokasi pengguna berdasarkan kedudukan lokasi GPS telefon pintar pengguna. Bantuan kecemasan seterusnya akan dihantar ke lokasi GPS tersebut

Semua Lapisan Masyarakat

Aplikasi SaveME 999 dibangunkan untuk semua golongan lapisan masyarakat termasuklah untuk golongan kurang upaya OKU Cacat Pendengaran, Pertuturan dan Penglihatan.

 

Aplikasi SaveME 999

Terdapat 3 aplikasi SaveME 999 sedia dimuat turun.

SaveME 999 DEAF

Untuk OKU Pendengaran

SaveME 999 BLIND

Untuk OKU Penglihatan

SaveME 999 POLIS

Untuk Orang Awam

Aplikasi ini direka khusus bagi penduduk Malaysia yang mahukan bantuan kecemasan menggunakan aplikasi telefon pintar.Ia dibangukan oleh Telekom Malaysia dengan kerjasama semua agensi kecemasan PDRM, KKM, JBPM, JPAM dan APMM Ketiga-tiga aplikasi SaveME 999 ini berfungsi sebagai satu alat bagi mereka menghantar permohonan bantuan kecemasan melalui saluran tanpa suara. Aplikasi ini menggunakan kemudahan internet jalur lebar bagi menghantar permohonan kecemasan. Ia juga menggunakan Global Positioning System (GPS) bagi menentukan kedudukan pengguna. Pengguna boleh mengaktifkan aplikasi ini dengan menekan ikon ‘SaveME 999’ pada skrin telefon pintar. Apabila permohonan bantuan kecemasan dibuat, alamat GPS, maklumat pendaftaran pengguna dan jenis kecemasan akan dihantar ke Pusat Panggilan Kecemasan 999. Maklumat tambahan berkenaan insiden dan lokasi kejadian juga boleh ditambah ke dalam permohonan yang dihantar. Semua maklumat ini akan dapat membantu pihak agensi kecemasan bagi menghantar bantuan dengan lebih cepat dan tepat. Aplikasi SaveME 999 pasti akan memberi manfaat kepada pengguna dengan menyediakan perkhidmatan di seluruh negara serta merangkumi semua jenis bentuk insiden kecemasan.

Manual SaveME 999

Klik pada ikon untuk lihat tatacara penggunaan aplikasi SaveME 999

SaveME 999 DEAF

Untuk OKU Pendengaran

SaveME 999 BLIND

Untuk OKU Penglihatan

SaveME 999 POLIS

Untuk Orang Awam

Aliran SaveME 999

Aliran SaveME 999 adalah seperti berikut

  •  

    Muat Turun Aplikasi

    Muat turun aplikasi SaveME 999 secara Percuma melalui kedai aplikasi (Google Playstore, Blackberry App World, Apple App Store, Windows Store) di telefon anda.

     

  • Aktifkan Aplikasi

    Aktifkan aplikasi dengan menyentuh IKON SaveME 999 DEAF, SaveME 999 POLIS dan SaveME 999 BLIND.

  • Hantar

    Lokasi anda akan dipaparkan pada skrin. Pilih untuk masukkan maklumat lengkap mengenai kecemasan, lokasi kecemasan dan mercu tanda terdekat atau terus klik pada butang hantar.

  • Sahkan

    Klik pada butang Ya untuk mengesahkan bahawa anda ingin menghantar maklumat kecemasan. Anda akan menerima pengesahan bahawa maklumat kecemasan anda telah diterima.

  • Tunggu Bantuan

    Bantuan daripada agensi kecemasan yang berkenaan akan dihantar ke lokasi kecemasan dengan secepat mungkin.

Muat Turun

Aplikasi SaveME999 sedia di Muat Turun

SaveME 999 DEAF

Muat Turun Secara Percuma

SaveME 999 BLIND

Muat Turun Secara Percuma

SaveME 999 POLIS

Muat Turun Secara Percuma

Aplikasi SaveME 999 DEAF & SaveME999 POLIS disokong oleh sistem operasi iOS, Android, Windows Phone dan Blackberry. SaveME999 BLIND pula adalah untuk sistem operasi Android dan iOS.

Hubungi Kami

Untuk sebarang maklumbalas

Email: mers999@tm.com.my

Alamat: Ground Floor TM Annexe 2,Jalan Pantai Jaya,59200 Kuala Lumpur